OH MY BULAT ! - Chapter 2
PENGARANG : IBNU NORDIN
Bab 2 : Misteri suatu malapetaka
Faidhi dan Latiff terus memasuki bilik itu tanpa mghiraukan aura menakutkan itu. Kini apa yg mereka mahu lihat hanyalah katil yg empuk dan besar. Mereka trus terjun ke atas katil yg berkayu jati itu. Tiba², pandangan mereka berdua tertumpah kepada sebuah potret keluarga yg besar di hdpn katil itu. Namun gambar itu tidak brpa jelas kerana ditutupi oleh sawang.
"D, jom kita takutkan depa. Hehehehe. First day la sonok kacau. Jom aaa." ajak Latiff yg nakal.
"Haaaa. Jom. Bdak prmpuan nak kacau jgak ka?" tny Faidhi yg gatal mahu mengganggu pelajar perempuan.
"Bangang. X payahlah yg tu. Mau depa lari x pkai tudung kan dosa" marah Latiff.
Tepat jam 1 pgi mereka memulakan rancangan nakal mereka. Mereka pergi bilik yg didiami oleh Syahid, Hakim Nordin, dan Husaini. Apabila sampai, Latiff membuka pintu dgan perlahan-lahan mnyebabkan pintu itu berbunyi. "Kreeeek". Kemudian Faidhi membaling gelas kaca yg diambilnya di dapur ke arah dinding. "Praaangg". Bunyi itu membangunkan sahabat bertiga itu. Kemudian mereka terlihat susuk hantu lakonan itu. Mereka berlari ke arah bilik air dan mnutup pintu bilik air itu. Sementara itu Faidhi dan Latiff lari ke bilik mereka sambil ketawa.
Pagi itu mereka semua dikejutkan apabila menemui mayat Faidhi yg masih berpakaian hantu tergantung di kipas ruang tamu. Mukanya tidak ubah seperti hantu sebenar. Matanya terjojol keluar menampakkan soket mata yg kekosongan. Mukanya seperti ditoreh dan kelihatan darah segar masih mengalir. Semua terkejut melihat kejadian itu.
"Aaarrgghhhh" jeritan Aini memecahkan kesunyian suasana. Mereka semua bergegas ke dapur.
"Aini. Awat nih? Ang dah pasaipa?" tnya Nabila dgn cemas.
Aini tergetar menunjukkan sesuatu di hadapan pintu bilik air dapur. Sekali lagi mereka tergamam bgaikan sedang dipukau. Ada yg menjerit seperti disampuk histeria. Manakan tidak apabila mereka melihat susuk tubuh yg dikenali sebegitu rupa. Mayat Latiff digantung songsang dengan kaki yg sudah disiat kulitnya. Apa yg lebih menakutkan apabila usus perutnya trburai keluar dan dadanya ditusuk dgn pisau.
"Huaaaaaa...Siapa weyh yg bt??" tny Ainul smbil menangis teresak-esak. Namun persoalan itu terbiar tnpa jawapan. Masing² takut sehingga kelu utk berkata-kata.
BERSAMBUNG...


0 comments: