Muka Surat Rahsia Edisi Merapu

March 20, 2018 Zeta 2 Comments

Malam itu, aini menghantar wasap kepada wafa. Katanya mahu membincangkan sesuatu. Namun tidak terjangka dia meminta wafa agar tidak terlalu berharap pada si dia. Wafa berasa tercabar lalu mengatakan bahawa orang yang sepatutnya mengalah adalah aini. Aini malas untuk memanjangkan cerita dan hanya meninggalkan bluetick. Mekihat bluetick tersebut, wafa berkata dalam hati, " see,kau memang patut mengalah ".

Keesokan pagi di sekolah, Izz datang awal dan sempat mengulang kaji pelajaran sebelum perhimpunan pagi. Izz memang merupakan pelajar kesayangan guru kerana dia sering menyiapkan kerja sekolah dan aktif di dalam kelas.

Selepas beberapa soalan matematik telah diselesaikan, sekolah telah black out secara tiba tiba. 'Arggggghhhhg !!!!' , kedengaran suara jantan menjerit memecah kesunyian. Izz mengangkat kepalanya memandang ke arah suara tersebut.

Sebenarnya sudah pukul 7, tetapi Kimo menjerit kerana terkejut. Zakira yang sedang membuat latihan bersama Izz terus bertanya Kimo sama ada dia okay atau tidak kerana terlalu risau. Mustaqim yang juga ada semasa situasi tersebut hanya berkata 'saya harap awak baik baik sahaja. Sekarang sudah cerah. Jangan takut'.

*********

Tiba sesi pembelajaran yang pertama, Teacher Asliza masuk awal ke kelas pagi itu. Faidhi menyuruh semua rakan sekelasnya bangun dengan suara yang sangat kuat dan mampu menghayun pokok pokok. 'Selamat Pagi, Cikgu' , ucap Faidhi dengan gaya kartun upin dan ipin.

'Okay , today saya nak check essay yang saya bagi semalam. Kita start dengan Nabihan.' , kata Tc Asliza. Tanpa disangka hari itu Tc Asliza membuat satu kelainan dengan meminta Nabihan membaca eseinya di hadapan kelas. Tajuk eseinya ialah 'My First Love'.

Lagi tidak disangkakan, Nabihan begitu menghayati eseinya yang dikatakan kisah realiti itu sehingga menitiskan air mata. Bukan dia sahaja, malah Latif turut terpengaruh apabila dia menyanyikan lagu Say You Wont Let Go dengan penuh menyayat hati bagi menjadi lagu latar penyampaian esei Nabihan.

Semua orang bertepuk tangan sehingga Nabila mengangkat tangan untuk menyampaikan kisahnya juga. Dia juga tanpa disangka telah menjemput Hannani dan Aini untuk menjadi pokok pokok dan bunga bagi menghiasi dramanya.

Sungguh kasihan sekali, kisahnya langsung tidak menarik perhatian kerana bercerita mengenai kepentingan kehidupan ulat di dalam tanah. Namun, Hakim begitu bersemangat menyokong cerita Nabila dengan menjerit kepada semua orang untuk bangun dari tidur dan menghargai perjuangan Nabila.

Selepas habis masa bahasa inggeris, para pelajar di dalam kelas 5Abu Bakar mula berlegar mengacau kawan kawan kerana guru matapelajaran matematik tidak hadir. Suasana yang meriah itu tiba tiba dihadiri dengan suara merdu alunan ayat alquran. Oh dari meja Syahid rupanya. Bagus benar dia tidak terpengaruh dengan suasana kelas.

Di luar kelas, Aiman dan Husaini berlawan sambil meniru perwatakan ultraman menentang raksasa. Tidak dapat ku tahu siapakah ultramannya dan siapakah raksasa. Dan tiba tiba Wafa keluar dari kelas menuju kepada Aiman. Dia bertanya, 'rehat satgi nak makan apa?'. Aiman tersenyum dan ingin menjawab.

Tiba tiba ada satu suara mencelah, 'Jom pi kantin !'. Rupanya Wafa bercakap dengan Amanina yang berada di belakang Aiman. Amanina adalah seorang ketua aspuri yang sangat berwibawa dan actually dia ni banyak skandal. Acah je.

Tidak beberapa lama kemudian, Nabil berdiri di atas kerusi dan meminta semua orang untuk diam. Semua orang terpaku melihatnya. Nak tahu apa yang dia nak cakap ? Dia just ajak kita orang main lukis lukis. Hahahaha best kan

Lalu semua pun beratur , Syafi berada di belakang sekali dan melukis satu objek. Di pass pass kan ke depan, semua yang dapat semua garu kepala. Dan last sekali sampai kat Iqmal. 'Oh I know, ni kuih kan bulat bulat ni kuih kan', kata Iqmal. Semua Abu Bakariansz memandang wajah Syafi dengan penuh tanda tanya. Lalu Syafi menjawab 'Tu ayamlah'.

Ainul ketawa berguling guling mendengar jawapan tersebut hingga 2 kali tawaf kelas. 'So semua orang fikir ni bulat bulat kuih ke apa tetiba hg kata ni ayam ? ' hahahahahahaha. Perkara ini tidak terhenti di sini apabila Faiz tiba tiba mencelah. Dia mula menerangkan mengenai teori Sains mengenai mungkin Syafi melukis telur ayam.

Actually aku dah taktau nak tulih pasai apa.

Okay tiba tiba Cikgu Hasni masuk. Cikgu mengajar tentang topik baru. Tiba tiba Najmi bersuara, 'Cikgu takmau cek ka kerja sekolah haritu ?'. Sesungguhnya sewaktu itu semua mata memandang Najmi dengan sungguh menggerunkan manakala Faidhi telah bertukar menjadi hulk.

Okay sekian sahaja. Cerita syok syok dari manusia yang bakal berjaya. Moga ni jadi memori zaman aku terencat akal dan boleh dikenang suatu masa nanti.

Love you, gais huhu. 💕

You Might Also Like

2 comments:

  1. Menda pa ni? HAHAHAHAHA
    abis la franchise ni

    ReplyDelete
  2. Hahahaha nanti buat throwback kawan hg wayar 😂

    ReplyDelete